Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2006

Nikah Misyar: Antara Syara’ dan Adat

(Gambar Sekadar Hiasan) Nikah Misyar: Antara Syara’ dan Adat (Beberapa Pandangan Ulama’ Semasa) Hasil Terjemahan : PMRAM 2006 Segala puji bagi Allah SWT tuhan pencipta sekalian alam. Bagi menentukan adakah sesuatu perkahwinan itu boleh diiktibar (dianggap) sah di sisi Syara’ perlulah ianya memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Syara’. Antara syarat-syarat untuk memastikan bahawa perkahwinan itu sah ialah: 1. Wujudnya keredhaan yang tulus daripada kedua-dua pihak suami dan isteri. 2. Lafaz yang menunjukkan bahawa perkahwinan itu tidak dibataskan oleh waktu-waktu tertentu. 3. Adanya wali bagi pihak isteri. 4. Perkahwinan itu disaksikan oleh saksi yang melengkapi syarat-syarat persaksian. 5. Perkahwinan tersebut diwarwarkan kepada umum. Jika lengkap syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh syara’ ini maka perkahwinan Misyar ini adalah perkahwinan yang sah selagi mana perkahwinan ini tidak bertempoh walau apa nama perkahwinan ini sekalipun. Namun apabila si isteri rela untuk m

Antara Perjuangan dan Airmata

Bersama Haji Khairul Azhar bin Kamaruddin (berbaju hitam) di hadapan Pejabat PMRAM Oleh : typeace Jumaat yang lalu, 16 Jun menyaksikan seorang lagi anak pejuang Islam meninggalkan sejuta kenangan yang dilalui di Kota Kaherah, Bandar yang sesak dengan khazanah ilmu dan para ilmuan serta ulama muktabar. Gudang dan pasar ilmu yang bertebaran menjadi saksi bahawa semangat perjuangan yang ditunjukkan oleh insan yang bergelar hamba Allah ini terpaksa melangkah pergi. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Begitulah hakikat yang perlu diterima oleh semua manusia. Sebagai hamba Allah, yang bermula pasti akan berakhir. Namun, perjumpaan terakhir Badan Pengurus PMRAM bersama Haji Khairul Azhar bin Kamaruddin yang berasal dari Negeri Sembilan amat memilukan. Dalam nada sebak hanya Allah yang tahu betapa sayangnya beliau terhadap perjuangan Islam yang masih panjang dan masih belum ada penghujungnya. Meninggalkan Kota Bandar Mesir amat pedih bagi dirinya. Namun inilah semangat seorang

Di Sebalik Keghairahan Piala Dunia 2006

Oleh : typeace Semenjak seminggu yang lalu, bahang Piala Dunia 2006 telah bermula. Selepas Perancis menjadi tuan rumah empat tahun yang lalu, kini giliran Jerman menggantikan tempat pula. Di Mesir, perlawanan akan berlansung di dalam tiga sesi. Pertama, bermula tepat jam 4.00 petang, kemudian 7.00 petang dan 10.00 malam untuk perlawanan terakhir. Saya tidak pernah menyalahkah masa yang ditentukan oleh pihak pengurusan. Ketetapan tetap ketetapan. Namun, disebalik ketetapan itu ada yang perlu dinilai. Disebalik keghairahan menonton Piala Dunia, kekadang suatu tontonan akan menjadi haram disebabkan beberapa faktor :- 1. Tidak menghiraukan azan Maghrib yang berkumandang sekitar jam 7.55 petang. Lantas terus menonton. (Budak Al-Azhar pun dah tak pandai sembahyang) 2. Memaki – hamun pemain dengan mengeluarkan kata-kata kesat di atas kesilapan yang dilakukan pemain ( Hai! Awak tu pandai main ke) 3. Menjerit terlolong-long “Gol! Gol!” (Biarlah berpada-pada jeritan itu) Biar saya jadi seorang p

Bijak Bahasa Siri Kedua

“Bijak Bahasa” kali ini akan mengkaji beberapa elemen di dalam penggunaan bahasa seharian kita. Sering dimaklumi bahawa, kekeliruan ejaan yang seakan-akan hampir sama menyebab kita seringkali syak terhadap dua ejaan yang akan menyebabkan kita terkandas. Berikut disenaraikan beberapa kekeliruan ejaan yang sering timbul di kalangan pengguna bahasa Melayu :- 1. agung dan agong Dalam bahasa Melayu, mengikut hokum keselarasan vokal, vokal ‘a’ akan berpasangan dengan vokal ‘u’ (a-u). Oleh itu, kata ini sepatutnya dieja ‘agung’. Contoh : mesyuarat agung, seniman agung, pemimping agung, perhimpunan agung Tetapi terkecuali untuk Yang di-Pertuan Agong yang menggunakan vokal ‘o’ untuk kata agong 2. pamir atau pamer Ejaan yang tepat adalah pamer kerana kata tersebut ialah pinjaman daripada bahasa Indonesia. 3. istirehat atau istirahat Ejaan yang tepat ialah istirahat. Kata tersebut ialah kata serapan daripada bahasa Arab. Itirahat bermaksud rehat. Contoh : Waktu istirahat ialah pukul 12.30 ten

Bijak Bahasa Siri 1

Saya bukan ahli sasterawan. Namun, saya mengambil berat di dalam penggunaan bahasa sama ada di dalam penulisan atau pengucapan awam. Pengalaman menghadiri Konvensyen Bahasa dan Pendidikan Nasional Kebangsaan lima bulan lalu banyak memberikan pendedahan kepada saya tentang nilai bahasa dan kesusasteraan Melayu. Buat pertama kali, saya ingin ketengahkan beberapa siri "Bijak Bahasa". Semoga cita-cita saya di dalam memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda tercapai. Di dalam siri pertama, saya cuba membawa pembaca menerokai beberapa kecelaruan mengeja di dalam kata yang biasa kita gunakan harian. SALAH ampangan - ejaan yang betul adalah empangan anggrik - ejaan yang betul adalah anggerik bahru/bharu - ejaan yang betul adalah baharu/baru binte - ejaan yang betul adalah binti cendera mata - ejaan yang betul adalah cenderamata durhaka - ejaan yang betul adalah derhaka hajjah - ejaan yang betul adalah hajah kobis - ejaan yang betul adalah kubis lembab - ejaan yang be

Terima Kasih Khamsah Wa Sab-ien

Oleh : typeace Dua kali pernah terjadi. Lewat sebulan yang lalu; dua minggu yang lalu. Parah. Mungkin sangat parah. Mana tidaknya, di saat itulah Khamsah Wa Sa-ien amat berguna pada diri saya. Pertama kali menyeluk saku, saya pasti di dalam poket hanya tinggal Khamsah Wa Sab-ien. Ini bermakna saya tidak layak untuk menaiki kenderaan selain daripada bas yang hanya bernilai Khamsah Wa Sab-ien atau lebih murah daripada itu. Kelakar memang kelakar. Mungkin itu suatu yang lucu. Saya mempunyai prinsip yang satu. Jika tiada wang kecil di dalam poket, wang bernilai 5, 10, 20 , atau sebagainya tidak akan saya pecahkan. Mengapa? Takut – takut tidak sampai sehari nilainya akan lenyap berkurangan. Namun, ianya bukanlah semata-mata menunjukkan saya terlalu kikir dalam perkar ini. Prihatin. Saya ingin kembalikan beberapa nostalgia lampau. Pernah sekali, saya terpaksa berhati-hati memilih bas untuk pulang ke rumah. Saya pasti, jika pulang dengan bas 133, 1, 33, atau sebagainya (bas pendek) pastinya n

Kubu Kota Kaherah struktur terhebat tamadun Islam

Susunan ZUNAIDAH ZAINON KUBU Kota (Citadel) adalah monumen terhebat dari zaman pertengahan yang telah mencipta panorama menarik di seluruh bandar Kaherah, Mesir sejak 700 tahun lalu. Selain menjadi tarikan pelancong dari seluruh pelosok dunia, binaan Kubu Kota adalah struktur terhebat dalam sejarah keagungan tamadun Islam. Gabenor Hatim Ibn Hartama dipercayai membina astaka Dome of the Wind pada tahun 810. Kemudiannya, pada 1176, Salah ad-Din (turut dikenali sebagai Saladin) iaitu pemerintah Abbasiah (1171-1193) menukar fungsinya daripada kawasan peranginan kepada kubu pertahanan dan melindungi kawasan tersebut daripada serangan tentera Kristian dalam Perang Salib. Menurut cerita legenda, Salah ad-Din memilih lokasi tersebut untuk mendapatkan udara segar. Ini disebabkan kebanyakan daging yang disalai telah menimbulkan bau yang kurang enak di seluruh bandar kecuali kawasan di sekitar kubu kota. Bagaimanapun, lokasi tersebut amat strategik dan mampu berfungsi sebagai benteng pertahanan.

Kerana Dia Sahabat

Khusus buat Zulkarnain bin Ramlan yang sedang di dalam pertarungan menghadapi ujian dari Allah SWT. Semalam, Kita sama-sama ketawa Kita sama-sama cerita Kita sama-sama berduka Semalam, Jiwamu seperti aku Bercerita tentang PM Bercerita tentang timbalannya Bercerita tentang menterinya Semalam, Kau tidak seperti hari ini Dalam sedar atau tidak Kau membisu di sisi Hari ini, Tidak sama lagi seperti semalam Kau ditimpa sakit misteri Yang sedang gagah kau tempuhi Aku menangis hari ini, Berfikir tentang dirimu lagi Ujian Allah kah ini? Moga kau tabah menghadapi Jangan kesali penderitaan ini Syurga Allah sedia menanti Bagi dirimu Hamba yang redha dengan ketentuan-Nya. Syafiq Zulakifli (typeace)

Kerana Ayam Cookies

Semenjak menuruni flight SQ 492 pada 6 Mac yang lalu, saya jarang-jarang dapat menikmati makanan yang paling digemari. Ayam. Banyak cerita pasal ayam. Sebelum "influanza tuyur" sejak beberapa bulan yang lalu, saya tidak dapat menikmati hidangan yang paling menyelerakan. Mungkinkah nikmat ayam ini ditarik atau sekadar menguji manusia bahawa ikan pun perlu mengambil tempat sebagai sajian pilihan. Biarpun begitu, saya tetap menikmati ayam "cookies" yang amat digemari dan mudah untuk dapatkan. Pergi sahaja ke Barakat maka terjumpalah plastik Cookies Ayam. Dua hari yang lalu, sementelah menyempurnakan enam madah imtihan yang banyak mengundang misteri, saya disajikan dengan Nasi Ayam Ala Iqbal Restaurant. Peh! Suatu nikmat yang luar biasa. Memasaknya bukanlah sesuatu yang mudah. Ia memerlukan kesabaran. Bermula dengan merebus ayam ke dalam periuk besar seterusnya menanak nasi di atas dapur gas, banyak perkara baru yang saya dapat timba. Mungkinkah keseronokan memasak ini