Langkau ke kandungan utama

Bahayakah jadi penulis?

Bahan ilmiah agama - Usah dipermudahkan.

Pernahkah anda membaca semua majalah yang berada di pasaran? Sama ada pasaran karangkraf, utusan publisher atau sebagainya, ia merupakan elemen dan wadah utama untuk menyebarkan maklumat disamping memberikan ilmu bantu tambahan untuk generasi kanak-kanak, remaja, dewasa dan golongan tua.

Dunia penulisan bukanlah sesuatu yang mudah. Namun, ia bukanlah suatu yang sukar jika minat, disiplin dan galakan daripada individu dilatih. Disebalik keghairahan manusia mencipta penulisan, ada juga yang tidak beringat akan bahaya yang akan dihadapi apabila bergelar seorang penulis.

Pertama, penulis harus memikirkan masalah - masalah utama yang berkaitan dengan akidah dan akhlak. Contoh, jika seseorang yang bergelar penulis hanya membaca buku, lantas meng copy-paste maklumat yang dibaca seterusnya menjadikannya sebagai artikel peribadi penulis, ia adalah suatu yang boleh dianggap bahaya.

Mengapa hal demikian terjadi? Penulis menganggap bahawa penulisan berkaitan ilmu agama itu mudah. Justeru, dengan mudah artikel bahasa Arab dikeluarkan tanpa menggunakan bahan-bahan yang benar. Misalnya, ada kalangan penulis menulis artikel sambil diperkukuhkan dengan ayat-ayat al-Quran dan hadis yang kadang-kadang hadir daripada sumber yang kurang tepat. Contohnya hadis yang digunakan adalah hadis maudhu dan sebagainya.

Kesan daripada perkara-perkara ini, pembaca akan mendapatkan maklumat yang salah dan pembaca akan menjadi pendakwah yang sesat. Kesesatan inilah yang dinamakan bid'ah. Sedih atau tidak jika kita sebagai penulis yang membid'ahkan penulisan kita.

Justeru, tanggungjwab sebagai seorang penulis bukanlah suatu yang mudah. Fikir dahulu, baru lakukan. Namun, jangan berputus asa untuk menjadi seorang penulis. Saya bangga dengan semua penulis. Tahniah buat kalian.

Saya gerun apabila saya dimaklumkan bahawa artikel saya akan terbit di Majalah Fokus SPM, Februari 2007. Terima kasih buat karangkraf dan pihak penerbit.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SAMBUNG BELAJAR KE MESIR

NOTA KEMASUKAN SESI 2020/2021 ============================= UPDATE INFO TERKINI Pengalaman yang selalu membuatkan seseorang cinta untuk menimba pelbagai ilmu. Pengalaman melihat kawan-kawan yang berjaya dilahirkan melalui kampus pengajian di bumi Mesir juga merupakan satu pengalaman yang tidak mampu dijual beli. Tinggalkan pengalaman saya yang telah menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir pada tahun 2004-2009. Itu adalah suatu pengalaman yang amat-amat bernilai dan berharga.  Keputusan STAM/SPM 2019 telah keluar. Alhamdulillah. Ramailah di antara kita sedang membuat pilihan untuk memilih sama ada menyambung pengajian ke dalam negara atau memilih ke luar negara. Alhamdulillah, kurniaan Allah SWT kepada saya, tahun 2016 lalu saya telah berpeluang menjejakkan kaki ke bumi Mesir melihat sistem pendidikan terbaharu di Mesir. Banyaklah pembaharuan dan kemajuan di Mesir berbanding pengalaman lampau pada tahun 2009 sewaktu berada di bumi Mesir. Kali ini sa

Kubu Kota Kaherah struktur terhebat tamadun Islam

Susunan ZUNAIDAH ZAINON KUBU Kota (Citadel) adalah monumen terhebat dari zaman pertengahan yang telah mencipta panorama menarik di seluruh bandar Kaherah, Mesir sejak 700 tahun lalu. Selain menjadi tarikan pelancong dari seluruh pelosok dunia, binaan Kubu Kota adalah struktur terhebat dalam sejarah keagungan tamadun Islam. Gabenor Hatim Ibn Hartama dipercayai membina astaka Dome of the Wind pada tahun 810. Kemudiannya, pada 1176, Salah ad-Din (turut dikenali sebagai Saladin) iaitu pemerintah Abbasiah (1171-1193) menukar fungsinya daripada kawasan peranginan kepada kubu pertahanan dan melindungi kawasan tersebut daripada serangan tentera Kristian dalam Perang Salib. Menurut cerita legenda, Salah ad-Din memilih lokasi tersebut untuk mendapatkan udara segar. Ini disebabkan kebanyakan daging yang disalai telah menimbulkan bau yang kurang enak di seluruh bandar kecuali kawasan di sekitar kubu kota. Bagaimanapun, lokasi tersebut amat strategik dan mampu berfungsi sebagai benteng pertahanan.

Perintis Diploma Pengurusan Dakwah

 Di antara mahasiswa Diploma Pengurusan Dakwah yang telah menuntut di Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim (KUIJSI)