Posts

Showing posts from November, 2006

Jadi usahawan untuk kurangkan pengangguran

Oleh ZUNAIDAH ZAINON HARI ini, boleh dikatakan apa sahaja yang tidak mustahil mampu menjadi kenyataan. Namun, adakah ia selari dengan cita-cita dan matlamat asal kita? Begitulah antara persoalan yang terbit daripada minda bakal graduan universiti. Dalam menghadapi persaingan sengit dunia pekerjaan dan lambakan siswazah menganggur saban tahun, segala kemungkinan yang tidak pernah terfikir semasa belajar boleh menjadi arah tujuan yang mendorong kepada kehidupan lebih baik. Tidak kurang juga, ada segelintir pelajar sudah menanam azam untuk menceburkan dalam bidang perniagaan dan keusahawanan apabila menamatkan pengajian di universiti. Pengalaman yang dilalui oleh bekas penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam bidang Pengurusan Kualiti Makanan, Siti Noraini Md. Isa, wajar dijadikan contoh kepada bakal graduan universiti. Beliau yang tamat pengajian peringkat ijazah sarjana muda pada 2003 tidak menoleh ke belakang apabila mengambil keputusan membabitkan diri dalam dunia perniagaan. “M…

Bersatu Pelihara Islam

Image
Dimanakah fungsi mahasiswa Al-Azhar?
SEJAK kejatuhan Khalifah Uthmaniah secara rasminya pada tahun 1924, sehingga kini, sudah hampir 82 tahun, umat Islam kehilangan arah. Bagaikan hilang tempat berpaut, begitulah ungkapan yang sesuai untuk digambarkan keadaan umat Islam selepas keruntuhan sistem kekhalifahan terakhir umat Islam, sejak dari zaman Rasulullah s.a.w. Kecelaruan dan huru-hara dalam dunia Islam bertambah jelas, apabila pada tahun 1948, Baitulmaqdis berjaya di tawan oleh rejim Zionis. Kejatuhan Palestin itu sebagai satu tanda besar, betapa gentingnya situasi umat Islam dari sudut kekuatan dan kesatuan matlamat pada hari ini. Kejatuhan Baitulmaqdis, sebenarnya adalah simbolik kepada kekalahan umat Islam. Jika dulu, tentera salib terpaksa berputih mata, apabila Sultan Salahuddin al- Ayubi berjaya menawan kembali Baitulmaqdis. Tetapi kali ini, pada hari ini dan saat ini, giliran umat Islam pula berputih mata lantaran kegagalan umat Islam sendiri mempertahankan Baitulmaqdis daripad…

Larangan guna nada dering surah al-Quran

LUCKNOW 18 Nov. – Ulama-ulama sebuah sekolah agama utama di India meminta orang ramai tidak menggunakan surah-surah al-Quran sebagai nada dering telefon bimbit mereka kerana ia bukan amalan Islam.
Para ulama di Dar-ul Ulom, yang terletak di bandar Deoband, utara India, mengeluarkan fatwa melarang penggunaan surah-surah al-Quran atau azan sebagai nada dering kerana bertentangan dengan undang-undang Islam. Surah-surah al-Quran “bukan untuk hiburan”, kata pegawai sekolah agama itu, Mohammed Asumin Qazmi.
“Sesiapa yang terus menggunakannya mesti dipulaukan oleh masyarakat,” kata Mohammed Asumin dari Saharanpur, 450 kilometer di barat laut Lucknow. Ulama tertinggi Lucknow, Mufto Badru-Hasan berkata, beliau menyokong larangan ke atas nada dering. “Seseorang perlu mendengar surah al-Quran yang lengkap dengan fikiran yang bersih dan senyap.
“Jika ia digunakan sebagai nada dering, seseorang akan menjawab telefonnya, menyebabkan bacaan itu separuh jalan. Ini tindakan yang tidak Islam,” jelasnya…

Gambar-Gambar Kenangan di Malaysia

Image
Minat pada Jeruk? Berani makanlah... Nikmatinya di Pulau Pinang
Di gerai nenek saudara saya di Taman Pauh, Pulau Pinang
Lawatan ke Angkasapuri, Kuala Lumpur Gambar selepas sesi uji bakat di Auditorium 1, Angkasapuri Wisma TV, Angkasapuri

Bakti Siswa Al-Azhar

Image
Program Bakti Siswa Al-Azhar

Apabila Saya Jadi Ketua Editor

Editor apakah yang sesuai bagi saya?
Al-Islam, Majalah I, Dewan Agama dan Falsafah?

Apabila saya jadi ketua editor, saya akan pastikan bahawa setiap laras bahasa di dalam penulisan adalah betul. Saya tidak mahu dimarahi oleh Dewan Bahasa dan Pustaka kerana tidak menggunakan bahasa dengan laras bahasa yang sempurna. Saya faham, bahasa merupakan jiwa bangsa. Namun, berapa ramai yang menyedarinya? Apabila saya jadi ketua editor, saya mahukan penulis – penulis saya patuhi setiap arahan. Menghasilkan suatu kerja dengan rela bukan kerana dipaksa. Saya faham, menulis bukan sesuatu yang mudah. Kekadang diri terkongkong dengan anasir- anasir luar yang tidak memahami akan setiap keadaan yang berlaku. Namun, apa yang lebih utama adalah niat kita sebagai seorang penulis. Apabila saya jadi ketua editor, saya tidak akan menerbitkan artikel atau sebagai fakta yang tidak jelas dan kadang – kadang membingungkan. Lihatlah beberapa artikel yang terbit pada ketika ini, beberapa elemen yang tidak di ambil per…

Pelajar Agama Malas Membaca?

Image
Klik DBP - Berapa ramai yang membacanya? KAHERAH- Fenomena Mawi atau lebih dikenali sebagai TsuMawi merupakan suatu fenomena yang ditakuti oleh masyarakat hari ini. Baru – baru ini di dalam satu persidangan di Malaysia, ada pihak yang gerun terhadap realiti yang berlaku lantas menghujumkan fatwa bahawa fenomena Mawi mempengaruhi unsur kemerosotan pembacaan buku di kalangan para pelajar dan mahasiswa di universiti. Perkara yang negatif ini seharusnya dipandang serius. Satu kajian yang dilakukan mendapati bahawa ramai pelajar dan mahasiswa terus sibuk membeli majalah hiburan yang menceritakan Mawi sebagai isu utama dan beberapa orang artis tempatan yang dikatakan amat laris di dalam pasaran pada hari ini. Kebimbangan ini sewajarnya dipandang serius oleh individu tertentu agar perkara negatif ini dapat dijauhkan.Sahabat sekalian, Di atas tadi saya coretkan fenomena yang berlaku di Malaysia yang dianggap terlalu meruncing akan permasalahan ini. Namun, disebalik unsur dan perkara negatif ya…