Langkau ke kandungan utama

Siapa perlu belajar bahasa Arab?

Olahan : Utusan Malaysia bertarikh 4 Ogos 2006
Ramai yang tertanya-tanya, “Siapa yang sepatutnya perlu belajar bahasa Arab?” Seterusnya satu lagi soalan iaitu “Siapa pula yang sepatutnya perlu menguasai bahasa Arab?” Berikut dinyatakan empat golongan utama yang perlu belajar dan seterusnya menguasai bahasa antarabangsa yang sangat penting ini.

Pertama, orang yang mengaku dirinya beragama Islam. Ini kerana pedoman uta ma umat Islam ialah al-Quran dan hadis Nabi. Kedua-duanya dalam bahasa Arab. Bagaimana seseorang itu boleh memahami Islam dengan fahaman yang paling tepat kalau tidak berdasarkan sumber yang asal? Ada orang kata, “Saya sayang Nabi, saya cinta pada Rasul.” Tetapi bagaimana beliau boleh mengaku sedemikian rupa sedangkan dia tidak berusaha mempelajari apa yang dituturkan oleh Nabi.

Pelik, tetapi benar! Itulah kenyataan yang perlu kita terima dewasa ini. Kebanyakan kita masih belum memahami apa yang terkandung di dalam al-Quran. Walaupun seseorang itu mampu membaca al-Quran dengan baik, belum pasti dia juga mampu memahami apa yang terkandung di dalamnya.

Kedua, rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama yang berfikiran komersial, korporat dan ahli perniagaan. Tahukah kita, terdapat 23 negara Arab yang menggunakan bahasa Arab sebagai bahasa rasmi. Daripada 23 buah negara tersebut terdapat lebih tujuh negara Arab yang kaya-raya dengan sumber alam dan menawarkan banyak projek mega. Baru-baru ini, gabungan beberapa syarikat di Malaysia berjaya mendapat tender bernilai lebih RM3 bilion di Arab Saudi. Untuk itu, kebolehan komunikasi dalam bahasa Arab yang tinggi amat diperlukan untuk meyakinkan pihak-pihak berkenaan.

Apabila kita berkunjung ke negara-negara Arab tersebut kita masih boleh berkomunikasi dengan mereka dalam bahasa Inggeris. Ini memang tidak dapat dinafikan. Persoalannya, sejauh mana kita dapat meyakinkan dan dapat menarik minat mereka. Kita juga tertanya-tanya, kenapa barangan Malaysia masih belum dapat menembusi pasaran negara Arab secara maksimum? Mengapa nilai dagangan dengan negara-negara tersebut masih rendah? Sedangkan Malaysia dan negara-negara Arab tersebut banyak persamaannnya. Semua 23 buah negara Arab tersebut (kecuali Lubnan) menjadikan Islam sebagai agama rasmi. Salah satu faktornya ialah kebanyakan golongan korporat dan profesional tidak boleh berkomunikasi dalam bahasa Arab yang boleh menarik minat pelanggan berbangsa Arab. ni kerana walaupun mereka masih boleh berkomunikasi dalam bahasa Inggeris, tetapi untuk menawan hati mereka penggunaan bahasa Arab sangat diperlukan.

Ketiga, golongan profesional seperti doktor, peguam, arkitek, akauntan, jurutera dan lain-lain. Ini kerana al-Quran adalah sumber rujukan ilmu pengetahuan. Adalah amat rugi jika golongan profesional ini tidak mampu merujuk al-Quran untuk meningkatkan kajian dalam bidang yang diceburi. Terlalu jauh perbezaannya antara profesional yang boleh mengadaptasi al-Quran dalam bidang berkaitan dengan rakannya yang hanya bergantung kepada terjemahan sahaja.

Terdapat banyak ayat al-Quran yang membicarakan tentang sesuatu secara saintifik. Dalam ruangan ringkas ini dinyatakan beberapa contoh tema berkaitan keprofesionalisme untuk renungan, dikaji, diamalkan dan dijadikan iktibar kepada generasi akan datang.

Contohnya, persoalan tentang bilangan perkataan dalam al-Quran. Bilangan perkataan dalam al-Quran adalah signifikan. Setiap baris, huruf, perkataan, jenis ayat sama ada panjang atau pendek adalah bermakna. Berikut dinyatakan beberapa contoh bilangan perkataan dalam al-Quran.

Berdasarkan statistik di atas didapati terdapat konsep keseimbangan antara dua perkara yang berlawanan seperti dunia akhirat, hidup mati, malaikat syaitan, lelaki perempuan dan panas sejuk. Begitu juga terdapat konsep sebab dan akibat iaitu zakat-berkat. Dalam hal ini didapati bilangan keduanya adalah sama.

Manakala perkataan hari, bilangannya ialah bilangan perkataan????????ialah sebanyak 349. Jika ditambah dengan perkataan ???????????ia menjadi 354 iaitu bersamaan dengan jumlah satu tahun Hijrah. Jika ditambah dengan perkataan ????????ia menjadi 365 iaitu bersamaan dengan jumlah satu tahun Masihi.

Seterusnya didapati jumlah perkataan laut dan darat tidak sama. Sehubungan itu, terdapat kemungkinan cara mengira keluasan daratan dan lautan ialah seperti berikut:

Lautan = 33 Daratan = 12 Jumlah = 45
Luas Daratan ialah 12/45 x 100 = 26.67 %
Luas Lautan ialah 33/45 x 100 = 73.33 %

Faktor ini sepatutnya diambil kira dalam pengiraan keluasan daratan. Seterusnya faktor ini memberi kesan yang sangat penting dalam soal penambakan laut. Ini kerana ayat Allah terbahagi kepada dua iaitu: a) Ayat Maqruah atau tanda yang boleh dibaca iaitu al-Quran dan b) Ayat Manzurah atau tanda yang boleh dilihat iaitu alam sekitar. Ini bermakna kita tidak boleh sewenang-wenangnya menokok tambah sama ada ayat maqruah atau ayat manzurah.

Selain itu perkataan (lautan-daratan) atau (sea-land) masih tidak boleh menandingi perkataan?????-?????????
Ini kerana kedua-dua perkataan ini berkait rapat antara satu sama lain.

Keempat, golongan akademik yang menitik beratkan soal sumber rujukan. Amat bahawa rujukan utama ialah al-Quran dan hadis. Kedua-duanya dalam bahasa Arab. Sehubungan itu, untuk mendapatkan nilai kajian yang lebih mutu akademiknya, ahli akademik sepatutnya menguasai bahasa Arab.

Untuk itu, berikut dikemukakan beberapa cadangan untuk renungan bersama. Antaranya ialah golongan profesional dan akademik seperti pakar sains, jurutera, saintis dan lain-lain hendaklah menjadikan al-Quran sebagai rujukan utama untuk meningkatkan kerjaya mereka dalam bidang sains. Selain itu, oleh kerana hendak memahami al-Quran perlukan kemahiran bahasa Arab, guru sains, pakar sains dan saintis perlu belajar bahasa Arab mengikut kaedah yang sesuai untuk mereka. Seterusnya untuk jangka pendek, guru sains, pakar sains dan saintis perlu berganding bahu dengan ulama yang memahami al-Quran untuk mencipta kegemilangan dalam bidang sains dan teknologi.

Jadi mari kita belajar bahasa Arab dan menguasainya sehingga boleh menggunakan al-Quran untuk meningkatkan prestasi dalam bidang yang kita ceburi. Kesemua yang kita lakukan ini akhirnya akan menuju ke matlamat asal iaitu untuk memperoleh keredaan Allah s.w.t.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kubu Kota Kaherah struktur terhebat tamadun Islam

Susunan ZUNAIDAH ZAINON KUBU Kota (Citadel) adalah monumen terhebat dari zaman pertengahan yang telah mencipta panorama menarik di seluruh bandar Kaherah, Mesir sejak 700 tahun lalu. Selain menjadi tarikan pelancong dari seluruh pelosok dunia, binaan Kubu Kota adalah struktur terhebat dalam sejarah keagungan tamadun Islam. Gabenor Hatim Ibn Hartama dipercayai membina astaka Dome of the Wind pada tahun 810. Kemudiannya, pada 1176, Salah ad-Din (turut dikenali sebagai Saladin) iaitu pemerintah Abbasiah (1171-1193) menukar fungsinya daripada kawasan peranginan kepada kubu pertahanan dan melindungi kawasan tersebut daripada serangan tentera Kristian dalam Perang Salib. Menurut cerita legenda, Salah ad-Din memilih lokasi tersebut untuk mendapatkan udara segar. Ini disebabkan kebanyakan daging yang disalai telah menimbulkan bau yang kurang enak di seluruh bandar kecuali kawasan di sekitar kubu kota. Bagaimanapun, lokasi tersebut amat strategik dan mampu berfungsi sebagai benteng pertahanan.

SAMBUNG BELAJAR KE MESIR

NOTA KEMASUKAN SESI 2020/2021 ============================= UPDATE INFO TERKINI Pengalaman yang selalu membuatkan seseorang cinta untuk menimba pelbagai ilmu. Pengalaman melihat kawan-kawan yang berjaya dilahirkan melalui kampus pengajian di bumi Mesir juga merupakan satu pengalaman yang tidak mampu dijual beli. Tinggalkan pengalaman saya yang telah menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir pada tahun 2004-2009. Itu adalah suatu pengalaman yang amat-amat bernilai dan berharga.  Keputusan STAM/SPM 2019 telah keluar. Alhamdulillah. Ramailah di antara kita sedang membuat pilihan untuk memilih sama ada menyambung pengajian ke dalam negara atau memilih ke luar negara. Alhamdulillah, kurniaan Allah SWT kepada saya, tahun 2016 lalu saya telah berpeluang menjejakkan kaki ke bumi Mesir melihat sistem pendidikan terbaharu di Mesir. Banyaklah pembaharuan dan kemajuan di Mesir berbanding pengalaman lampau pada tahun 2009 sewaktu berada di bumi Mesir. Kali ini sa

Perintis Diploma Pengurusan Dakwah

 Di antara mahasiswa Diploma Pengurusan Dakwah yang telah menuntut di Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim (KUIJSI)