Langkau ke kandungan utama

Satu Cerita Di Hari Lahir

Oleh : typeace

Saya yakin, pembaca akan menyalahkan saya terhadap tajuk yang saya utarakan buat pembaca. “Satu Cerita Di Hari Lahir”. Sudah tahu di mana salah dan silapnya? Ya! Saya lihat saudara pembaca sudah dapat mengagak perkara – perkara yang salah. Sepatutnya tajuk ini adalah ‘Satu Cerita Pada Hari Lahir’ bukan?

Tidak mengapa. Jangan panjang-panjangkan bicara. Esok, adalah Hari Kemerdekaan Singapura yang ke 41. Ini bermakna, sudah empat dekad, Singapura keluar dari Tanah Melayu memperjuangkan bangsanya sendiri. Hari ini, Singapura dan Malaysia antara dua buah Negara yang sentiasa menjalinkan kerjasama serantau baik di peringkat dalaman mahupun luaran. Itu satu kisah sahaja. Sejarah tetap sejarah.

Kini, saya ingin mengajak saudara berbicara lagi perkara-perkara yang utama tentang blog. Kenapa ramai menyepi dan tidak meng’up-date’ blog masing-masing. Adakah semangat blog telah luntur atau pertandingan hanya sekadar pertandingan. Saya bukan memaksa. Ini adalah perjuangan kita. Perjuangan melalui tinta. Tidak salah bukan saya berkata demikian. Kita ada cara kita.

Apa yang saya merepek ini? Tidak masuk tajuk lagi. Saya membebel lagi. Entah bila akan berhenti. Dua hari saya ke Pontian berturut-turut. Ada mesyuarat dan tugas di sana. Memang penat. Tapi, tidaklah sepenat orang lain. Saya yakin ada yang masih sudi membantu. Tidak mengapa.

Biarpun, perjalanan amat memenatkan. Namun, ini adalah sebuah anugerah. Dua hari lagi, saya perlu membantu Ustaz Irfan dalam satu program motivasi. Ini adalah suatu latihan dalaman. Terima kasih kepada semua.

Apapun, hari lahir tahun ini dihabiskan dengan berjalan-jalan sesama rakan dan mesyuarat di Pontian. Syabas buat diri saya! Selamat Hari Ulang Tahun ke 21 buat diri saya. Saya dah layak menjadi pemilih.

P/S : Saya tidak puas hati dengan penulisan saya hari ini. Entah! Mungkin penat. Saya beri (B-)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kubu Kota Kaherah struktur terhebat tamadun Islam

Susunan ZUNAIDAH ZAINON KUBU Kota (Citadel) adalah monumen terhebat dari zaman pertengahan yang telah mencipta panorama menarik di seluruh bandar Kaherah, Mesir sejak 700 tahun lalu. Selain menjadi tarikan pelancong dari seluruh pelosok dunia, binaan Kubu Kota adalah struktur terhebat dalam sejarah keagungan tamadun Islam. Gabenor Hatim Ibn Hartama dipercayai membina astaka Dome of the Wind pada tahun 810. Kemudiannya, pada 1176, Salah ad-Din (turut dikenali sebagai Saladin) iaitu pemerintah Abbasiah (1171-1193) menukar fungsinya daripada kawasan peranginan kepada kubu pertahanan dan melindungi kawasan tersebut daripada serangan tentera Kristian dalam Perang Salib. Menurut cerita legenda, Salah ad-Din memilih lokasi tersebut untuk mendapatkan udara segar. Ini disebabkan kebanyakan daging yang disalai telah menimbulkan bau yang kurang enak di seluruh bandar kecuali kawasan di sekitar kubu kota. Bagaimanapun, lokasi tersebut amat strategik dan mampu berfungsi sebagai benteng pertahanan.

SAMBUNG BELAJAR KE MESIR

NOTA KEMASUKAN SESI 2020/2021 ============================= UPDATE INFO TERKINI Pengalaman yang selalu membuatkan seseorang cinta untuk menimba pelbagai ilmu. Pengalaman melihat kawan-kawan yang berjaya dilahirkan melalui kampus pengajian di bumi Mesir juga merupakan satu pengalaman yang tidak mampu dijual beli. Tinggalkan pengalaman saya yang telah menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir pada tahun 2004-2009. Itu adalah suatu pengalaman yang amat-amat bernilai dan berharga.  Keputusan STAM/SPM 2019 telah keluar. Alhamdulillah. Ramailah di antara kita sedang membuat pilihan untuk memilih sama ada menyambung pengajian ke dalam negara atau memilih ke luar negara. Alhamdulillah, kurniaan Allah SWT kepada saya, tahun 2016 lalu saya telah berpeluang menjejakkan kaki ke bumi Mesir melihat sistem pendidikan terbaharu di Mesir. Banyaklah pembaharuan dan kemajuan di Mesir berbanding pengalaman lampau pada tahun 2009 sewaktu berada di bumi Mesir. Kali ini sa

Perintis Diploma Pengurusan Dakwah

 Di antara mahasiswa Diploma Pengurusan Dakwah yang telah menuntut di Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim (KUIJSI)