Langkau ke kandungan utama

Warisan Kita Dibina

Utusan Melayu Mingguan diterbitkan semula Isnin
Sumber : Utusan Malaysia Online

BANGI 28 April - Akhbar tunggal tulisan jawi yang dihentikan penerbitannya tiga bulan lalu, Utusan Melayu Mingguan akan diterbitkan semula sebagai sisipan akhbar Utusan Malaysia mulai Isnin ini.

Inisiatif itu diambil hasil kesedaran Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan serta Kementerian Pelajaran bahawa terhentinya cetakan akhbar itu yang kini berusia 67 tahun akan melenyapkan salah satu warisan negara dan orang Melayu.

Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim dan Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein tekad menghidupkan warisan itu semula dan hari ini usaha itu dimeterai secara rasmi.

Bertempat di Kompleks Sri Utusan di sini, Ketua Setiausaha kementerian masing-masing iaitu Datuk Siti Azizah Abod dan Datuk Dr. Zulkarnain Awang bersama Pengarah Eksekutif Kumpulan Utusan, Mohd. Nasir Ali menandatangani perjanjian bagi penerbitan sisipan tersebut.

Kedua-dua kementerian itu akan membantu membiaya kos penerbitannya. Majlis bersejarah itu turut disaksikan oleh Rais, Hishammuddin, Pengerusi Eksekutif Kumpulan Utusan, Tan Sri Mohamed Hashim Ahmad Makaruddin dan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Khalid Mohd.

Dikeluarkan setiap Isnin, Utusan Melayu Mingguan yang mengekalkan masthead (logo) dan namanya yang asal kini membawa slogan Pencetus Agenda Bangsa.

Edisi pertamanya yang mempunyai 16 muka surat dengan kandungan yang menarik dan menepati cita rasa pembaca, memaparkan muka depan berwarna-warni berupa dua kanak-kanak yang celik jawi.

Antara isi kandungannya adalah rencana yang berkisar sekitar isu-isu perkembangan kebudayaan, pendidikan dan perkembangan semasa.

Sebahagian daripada rencananya akan disumbang oleh kedua-dua kementerian terbabit bagi mendedahkan pembaca kepada perkembangan kementerian masing-masing.

Salah satu rencana yang bakal menarik perhatian dalam terbitan Isnin ini ialah isu pakaian rasmi alternatif. Ruangan Dari Arkib Utusan pula akan mengimbau sejarah negara dengan mengeluarkan laporan muka depan Utusan Melayu sejak ia pertama diterbitkan pada 1939. Sementara itu empat muka surat akan diisi dengan ruangan program j-QAF termasuk panduan pakar-pakar modul jawi, fardu ain, al-Quran dan bahasa Arab.

Ruangan tersebut yang diadakan dengan kerjasama Bahagian Pendidikan Islam dan Moral, Kementerian Pelajaran adalah khusus bagi murid-murid Tahun Satu dan Dua.

Ruangan lain termasuk ruangan kolumnis, laporan program televisyen realiti Akademi al-Quran, ruangan Lensa Dunia bagi berita antarabangsa, ruangan sains dan teknologi serta ruangan sumbangan daripada Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sisipan Utusan Melayu Mingguan diakhiri dengan ruangan kisah personaliti hiburan tempatan dan teka silang kata jawi yang menawarkan hadiah menarik.

Dengan kewujudannya sebagai sisipan akhbar Utusan Malaysia, bilangan pembaca akhbar itu dijangka berkembang daripada 7,000 orang kepada lebih 250,000 orang.

Ini sekali gus akan memperkasakan penguasaan tulisan jawi kepada kelompok masyarakat secara lebih luas, khususnya di kalangan golongan muda.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SAMBUNG BELAJAR KE MESIR

NOTA KEMASUKAN SESI 2020/2021 ============================= UPDATE INFO TERKINI Pengalaman yang selalu membuatkan seseorang cinta untuk menimba pelbagai ilmu. Pengalaman melihat kawan-kawan yang berjaya dilahirkan melalui kampus pengajian di bumi Mesir juga merupakan satu pengalaman yang tidak mampu dijual beli. Tinggalkan pengalaman saya yang telah menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir pada tahun 2004-2009. Itu adalah suatu pengalaman yang amat-amat bernilai dan berharga.  Keputusan STAM/SPM 2019 telah keluar. Alhamdulillah. Ramailah di antara kita sedang membuat pilihan untuk memilih sama ada menyambung pengajian ke dalam negara atau memilih ke luar negara. Alhamdulillah, kurniaan Allah SWT kepada saya, tahun 2016 lalu saya telah berpeluang menjejakkan kaki ke bumi Mesir melihat sistem pendidikan terbaharu di Mesir. Banyaklah pembaharuan dan kemajuan di Mesir berbanding pengalaman lampau pada tahun 2009 sewaktu berada di bumi Mesir. Kali ini sa

Kubu Kota Kaherah struktur terhebat tamadun Islam

Susunan ZUNAIDAH ZAINON KUBU Kota (Citadel) adalah monumen terhebat dari zaman pertengahan yang telah mencipta panorama menarik di seluruh bandar Kaherah, Mesir sejak 700 tahun lalu. Selain menjadi tarikan pelancong dari seluruh pelosok dunia, binaan Kubu Kota adalah struktur terhebat dalam sejarah keagungan tamadun Islam. Gabenor Hatim Ibn Hartama dipercayai membina astaka Dome of the Wind pada tahun 810. Kemudiannya, pada 1176, Salah ad-Din (turut dikenali sebagai Saladin) iaitu pemerintah Abbasiah (1171-1193) menukar fungsinya daripada kawasan peranginan kepada kubu pertahanan dan melindungi kawasan tersebut daripada serangan tentera Kristian dalam Perang Salib. Menurut cerita legenda, Salah ad-Din memilih lokasi tersebut untuk mendapatkan udara segar. Ini disebabkan kebanyakan daging yang disalai telah menimbulkan bau yang kurang enak di seluruh bandar kecuali kawasan di sekitar kubu kota. Bagaimanapun, lokasi tersebut amat strategik dan mampu berfungsi sebagai benteng pertahanan.

Perintis Diploma Pengurusan Dakwah

 Di antara mahasiswa Diploma Pengurusan Dakwah yang telah menuntut di Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim (KUIJSI)