Langkau ke kandungan utama

Nilai Penulisan Faisal Tehrani

Bila Penulis Mula Menulis
Oleh : Syafiq Zulakifli

Banyak perkara yang saya sedang fikirkan. Kekadang saya rasakan penulisan bukan sesuatu perkara yang dianggap mudah. Saya faham, ramai di kalangan penulis khusus di Malaysia akan membuat suatu penelitian yang mendalam terhadap seni penulisan dan pengolahan ayat di dalam sebuah karya atau hasil yang dilakukan. Seperkara yang menjadi bual bicara adalah bagaimana kepentingan penulisan ini dapat digarapkan dan dihasilkan dengan cemerlang.

Penulis perlu berhati-hati. Benarkah ia? Beberapa tulisan dan karya yang saya baca kekadang mempunyai perlakuan dan metod yang jelas melampaui batas keperluan dan agama. Ada banyak tanggapan terhadap keberhasilan karya- karya penulis di Malaysia, yang kekadang tidak setepat maklumat menurut ilmu dan thaqafah yang betul. Ada karya- karya yang terhasil mengundang provokasi dan penjidalan kata-kata sehingga boleh membawa konflik perpecahan.

Saya meneliti sebuah karya Faisal Tehrani melalui lamannya. Banyak perkara baru yang saya ketahui. Bermula daripada sebuah filem karya Yasmin Ahmad (Gubra) yang sedang dalam perhitungan untuk mencemuhnya lantas menjadikan pengarahan serta mengolahan cerita dan cereka di dalam filem tersebut cukup rapuh. Ini menjadikan beberapa aspek penting yang ditekankan oleh Faisal Tehrani di dalam seni penulisan amat dikagumi. Mengapa saya berkata demikian? Lihat sahaja karya yang dihasilkan oleh beliau banyak memberikan input baru terutama pembendaharaan kata yang kian lama kian memuncak nilainya. Masakan tidak, ayat - ayat dan pengolahan yang digunakan banyak mendatangkan seni penulisan yang berilmu dan thaqafah yang tinggi hasil daripada pembacaan yang meluas seorang penulis.

Saya tidak menyalahkan Faisal untuk mengherdik sebuah filem. Namun, biarlah ada batasnya. Saya faham, Faisal adalah anak sastera yang lahir, hasil daripada didikan pengajian agama di sebuah pusat pengajian tinggi awam suatu masa dahulu di peringkat ijazah. Lantas, keberlansungan ilmu yang banyak dititipkan oleh pensyarahnya memaksa beliau berdebat terhadap isu-isu sensitif terutama yang menyentuh soal agama dan masyarakat. Tahniah buat Faisal.

Seperkara yang amat menarik minat saya selepas membaca karya Faisal juga di dalam Majalah Fokus SPM, Februari 2006 yang berjudul "Tiru Macam Saya". Apa yang beliau luahkan adalah sikap kekesalah terhadap remaja masa kini yang dilihat seolah -olah ciuman di khalayak ramai dan di dalam LRT (kenderaan awam) adalah sesuatu perkara yang biasa.

Islam melarang untuk umat-Nya melakukan perbuatan - perbuatan yang melanggar hukum syarak. Firman Allah SWT yang bermaksud : [ Dan janganlah kamu menghampiri zina - Surah Israk ayat 23].

Di dalam perbahasan ilmu Usul Feqh, kaedah nahi (larangan) yang ditunjukkan iaitu "janganlah" menunjukkan larangan yang membawa tegahan yang nyata. Maka menjadi sebuah kesalahan terhadap sesuatu perkara yang diremehkan lantas tidak diambil endah oleh golongan dan masyarakat Islam pada hari ini.

Saya tidak bermaksud menyalahkan mana-mana pihak. Ini adalah pendapat saya yang perlu diterima atau ditolak. Sesungguhnya manusia itu benar-benar di dalam kerugian. Lihatlah betapa ramai masyarakat Islam pada hari ini yang menyelewengkan agamanya sendiri.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kubu Kota Kaherah struktur terhebat tamadun Islam

Susunan ZUNAIDAH ZAINON KUBU Kota (Citadel) adalah monumen terhebat dari zaman pertengahan yang telah mencipta panorama menarik di seluruh bandar Kaherah, Mesir sejak 700 tahun lalu. Selain menjadi tarikan pelancong dari seluruh pelosok dunia, binaan Kubu Kota adalah struktur terhebat dalam sejarah keagungan tamadun Islam. Gabenor Hatim Ibn Hartama dipercayai membina astaka Dome of the Wind pada tahun 810. Kemudiannya, pada 1176, Salah ad-Din (turut dikenali sebagai Saladin) iaitu pemerintah Abbasiah (1171-1193) menukar fungsinya daripada kawasan peranginan kepada kubu pertahanan dan melindungi kawasan tersebut daripada serangan tentera Kristian dalam Perang Salib. Menurut cerita legenda, Salah ad-Din memilih lokasi tersebut untuk mendapatkan udara segar. Ini disebabkan kebanyakan daging yang disalai telah menimbulkan bau yang kurang enak di seluruh bandar kecuali kawasan di sekitar kubu kota. Bagaimanapun, lokasi tersebut amat strategik dan mampu berfungsi sebagai benteng pertahanan.

SAMBUNG BELAJAR KE MESIR

NOTA KEMASUKAN SESI 2020/2021 ============================= UPDATE INFO TERKINI Pengalaman yang selalu membuatkan seseorang cinta untuk menimba pelbagai ilmu. Pengalaman melihat kawan-kawan yang berjaya dilahirkan melalui kampus pengajian di bumi Mesir juga merupakan satu pengalaman yang tidak mampu dijual beli. Tinggalkan pengalaman saya yang telah menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir pada tahun 2004-2009. Itu adalah suatu pengalaman yang amat-amat bernilai dan berharga.  Keputusan STAM/SPM 2019 telah keluar. Alhamdulillah. Ramailah di antara kita sedang membuat pilihan untuk memilih sama ada menyambung pengajian ke dalam negara atau memilih ke luar negara. Alhamdulillah, kurniaan Allah SWT kepada saya, tahun 2016 lalu saya telah berpeluang menjejakkan kaki ke bumi Mesir melihat sistem pendidikan terbaharu di Mesir. Banyaklah pembaharuan dan kemajuan di Mesir berbanding pengalaman lampau pada tahun 2009 sewaktu berada di bumi Mesir. Kali ini sa

Perintis Diploma Pengurusan Dakwah

 Di antara mahasiswa Diploma Pengurusan Dakwah yang telah menuntut di Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim (KUIJSI)