Langkau ke kandungan utama

Persidangan Pemikiran Tun Dr. Mahathir Mohamad


Saya menghadiri satu Persidangan Pemikiran Tun Dr. Mahathir Mohammad di Dewan Malaysia Abbasiah Kahera. Program anjuran bersama Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah dan Jabatan Pengajian Malaysia (DMS), Universiti Kaherah merupakan program gilang-gemilang yang julung-julung kali diadakan di Kaherah, Mesir. Program ini dicetuskan atas dasar mengenang jasa dan keperibadian Tun yang boleh dianggap sebagai role- model di dalam jiwa setiap anak bangsa Melayu di Negara Malaysia.

Biarpun program yang dijadualkan agak lewat dan tidak menepati masa yang ditetapkan. Program ini membuka minda kepada hampir 150 orang peserta yang hadir di dalam persidangan tersebut. Sesungguhnya komitmen dan kebersamaan pihak kedutaan dan pelajar merupakan jalan utama membentuk nilai-nilai positif di dalam keberjayaan mengadakan program sebegini.

Berikut, saya tempelkan beberapa pembentangan kertas kerja yang diadakan sepanjang seminar dan persidangan tersebut :-

Kertas 1
Political Thoughts of Mahathir Mohamad ( Bahasa Arab)
Oleh Dr. Huda Mitkees, Professor and Director Center for Asian Studies, Faculty of Economics and Political Science, Cairo University

Kertas 2
Pemikiran Mahathir Mengenai Kerjasama Serantau
Oleh Dr. Aruna Gopinath, Jabatan Sejarah, Fakulti Sastera dan Sains Sosial,
Universiti Malaya

Kertas 3
Pemikiran Dr. Mahathir dalam Pembangunan Ekonomi Malaysia
Oleh Profesor Dato’ Dr. Mansor Md. Isa,
Fakulti Perniagaan dan Perakaunan / Pengarah Jabatan Pengajian Malaysia (DMS) Universiti Kaherah

Kertas 4
Pembangunan Petronas dalam Industri Minyak dan Gas Antarabangsa ( Bahasa Inggeris)
Oleh Encik Azizi Md. Ali,
Pengurus Bahagian Undang-Undang dan Perkhidmatan Korporat, Petronas PICL (Egypt) Corp. Ltd.

Kertas 5
Malaysia dan OIC
Oleh TYT Dato’ Ahmad Mokhtar bin Selat,
Jabatan Pengajian Strategi dan Antarabangsa, Fakulti Sastera dan Sains Sosial,
Universiti Malaya

Kertas 6
Pemikiran Dr. Mahathir Mengenai Islam
Oleh Profesor Madya Dr. Mohd. Fakhrudin Abdul Mukti,
Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah

Kertas 7
Pemikiran Dr. Mahathir mengenai Permasalahan Umat Islam
Oleh Yang Berbahagia Dato’ Mohamad Abu Bakar,
Profesor Fakulti Sastera dan Sains Sosial, UM dan Pemegang Kerusi Tun Abdul Razak,
Ohio University, (Pensyarah Pelawat)

Kertas 8
Islam dan Terorisma : Pendekatan Malaysia dalam Menanganinya.
Oleh Encik Suzalie Mohamad
Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dan International Center for Future Studies (ICFS), Cairo.

Kesimpulan

Resolusi yang dapat dibangkitkan setelah program ini berakhir adalah, pemahaman yang kompleks terhadap Tun Dr. Mahathir dan pengaruh beliau merupakan suatu model insan yang dicari di mata rakyat.

P/S : Selepas ini kita adakan program Persidangan Tokoh Islam : Imam Syafie

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SAMBUNG BELAJAR KE MESIR

NOTA KEMASUKAN SESI 2020/2021 ============================= UPDATE INFO TERKINI Pengalaman yang selalu membuatkan seseorang cinta untuk menimba pelbagai ilmu. Pengalaman melihat kawan-kawan yang berjaya dilahirkan melalui kampus pengajian di bumi Mesir juga merupakan satu pengalaman yang tidak mampu dijual beli. Tinggalkan pengalaman saya yang telah menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir pada tahun 2004-2009. Itu adalah suatu pengalaman yang amat-amat bernilai dan berharga.  Keputusan STAM/SPM 2019 telah keluar. Alhamdulillah. Ramailah di antara kita sedang membuat pilihan untuk memilih sama ada menyambung pengajian ke dalam negara atau memilih ke luar negara. Alhamdulillah, kurniaan Allah SWT kepada saya, tahun 2016 lalu saya telah berpeluang menjejakkan kaki ke bumi Mesir melihat sistem pendidikan terbaharu di Mesir. Banyaklah pembaharuan dan kemajuan di Mesir berbanding pengalaman lampau pada tahun 2009 sewaktu berada di bumi Mesir. Kali ini sa

Kubu Kota Kaherah struktur terhebat tamadun Islam

Susunan ZUNAIDAH ZAINON KUBU Kota (Citadel) adalah monumen terhebat dari zaman pertengahan yang telah mencipta panorama menarik di seluruh bandar Kaherah, Mesir sejak 700 tahun lalu. Selain menjadi tarikan pelancong dari seluruh pelosok dunia, binaan Kubu Kota adalah struktur terhebat dalam sejarah keagungan tamadun Islam. Gabenor Hatim Ibn Hartama dipercayai membina astaka Dome of the Wind pada tahun 810. Kemudiannya, pada 1176, Salah ad-Din (turut dikenali sebagai Saladin) iaitu pemerintah Abbasiah (1171-1193) menukar fungsinya daripada kawasan peranginan kepada kubu pertahanan dan melindungi kawasan tersebut daripada serangan tentera Kristian dalam Perang Salib. Menurut cerita legenda, Salah ad-Din memilih lokasi tersebut untuk mendapatkan udara segar. Ini disebabkan kebanyakan daging yang disalai telah menimbulkan bau yang kurang enak di seluruh bandar kecuali kawasan di sekitar kubu kota. Bagaimanapun, lokasi tersebut amat strategik dan mampu berfungsi sebagai benteng pertahanan.

Perintis Diploma Pengurusan Dakwah

 Di antara mahasiswa Diploma Pengurusan Dakwah yang telah menuntut di Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim (KUIJSI)